Wednesday, September 10, 2008

Ambulan

Kelmarin dan semalam memang kebetulan kot time aku menuju ke tempat kerja dekat ngan fly over kat bulatan pahang tu, ada je ambulan nak lalu.. Of course aku rasa ambulan tu menuju ke hospital berhampiran e.g. HKL, IJN atau PUSRAWI. Aku dan kenderaan lain memang ke tepi la time ambulan tu nak lalu.

Tapi semalam ada pulak kereta yang follow rapat giler lalu sekali kat belakang ambulan tu siap pasang hazard light dan gunakan "signal tangan" bermakna nak suruh org lain ke tepi jugak la sbb dia nak lalu. Tapi aku ada persoalan kat sini.

1. Boleh ke kereta tu follow rapat gile ngan ambulan tu dan dapat access yg cepat utk lalu jalan yg jam walaupun kalau2 ada sedara dia dalam ambulan tu?

2. Kalau betul ada sedara dia dlm tu, maybe aku x berapa nak kisah.... Tapi betul ke? Kalau org saje je ambik kesempatan, kita tahu ke yg follow rapat tu betul2 sedara ngan org yg ada dlm ambulan tu? So mcm mana nak tahu genuine ke tak case dia?

3. Satu lg persoalan yg aku nak tahu dr dulu, kalau kita bawa kereta dan berhenti kat traffic light sbb lampu merah, tiba2 ada ambulan ada kat belakang dan dia x boleh menyelit. Anda hanya boleh memberi laluan kpd ambulan tu dgn melanggar lampu merah tadi. So apa decision korang? Aku x tahu kalau kita boleh langgar law traffic dgn langgar lampu merah tadi sbb nak beri laluan kpd ambulan tu. sbbnya kl ada kereta atau motor langgar kita atau terlanggar, boleh ke kita nak claim insuran padahal kita yg buat salah sbb langgar lampu merah? So apa yg kita patut buat bila berdepan situasi sedemikian?

Aku rasa better kita tunggu lampu hijau je. Sbb kita x langgar traffic law. Unless betul2 ada termaktub dlm traffic law ada exemption pasal kes mcm tu..... Betul tak?

-----------------------
Sent From My Nokia E71 Wireless Handheld

2 comments:

ekhwanfa said...

case no.3: Bagi jalan pas tu follow blakang ambulance... ada special exemption tuk case macam ni...refer SOLAS 2006 Chapter 6 Reg. 6.1 Section 3 para 33...hehhe

Hasmizie said...

mana boleh beb. kalau kau kedepan je, pastu kena langgar ngan kete dr arah lain, nak claimngan sapa eksiden tu.. tu ok lagi kl x cedera ke apa.. kalau cedera? haha.

aku rasa benda ni ada tulis kat Class Rule yang benda ni x de exemption spt tertulis di Part 4,Chapter 3, Section 1.4 hehe.