Thursday, May 29, 2008

Birthday Party Iman "1"

17 May 2008 hari tu genap dah umur Iman setahun. Sedar tak sedar dah besar rupanya Iman sekarang. Cumanya dia still nampak macam baby sangat lagi sebab giginya belum tumbuh :-)
Kita orang tak sempat nak organise Birthday party on actual date 17th tu tapi buat hari Ahad 18 May. X pe la postpone satu hari je. Lagi pun hari Sabtu tu sibuk sikit dan x sempat nak arrange semua.

Antara benda2 yang Iman dah pandai buat sejak berumur setahun ni :-

1. Pandai cakap Papa dan mama
2. Pandai merangkak3. Dah boleh makan nasi dan makanan pejal lain. Tapi selalunya kalau aku bagi, aku akan kunyah dulu.. ye la takut dia tercekik ke apa sebab x de gigi sendiri lagi.4. Pandai berdiri sendiri.. tapi x leh jalan lagi :-)5. Pandai gelak, senyum dan nangis

Antara gambar2 yang sempat snap kat rumah Damansara Damai hari tu kat bawah ni...

Wednesday, May 07, 2008

Balik Kampung 1 May 2008

Last week aku balik ke kampung sempena cuti 1 Mei Hari Buruh. Lagi pun dah 2 bulan lebih aku tak balik since CNY bulan Feb ari tu. Nasib baik aku bertolak hari 1 Mei tu sebab jalan semua dah lengang dan clear je. Member aku cakap kalau balik sehari sebelum atau malam 1 Mei tu, mmg lambat la sampai sbb jalan Jem.

Aku pun x de aktiviti sangat balik ni pun sebab sekejap je. Tak balik pun ke kampung Bachok atau pun Banggol tengok nenek semua.

Aku sempat belek2 gambar2 lama yang ada kat rumah. Aku snap je gambar2 yang ada dlm album tu untuk aku masukkan dalam blog aku ni. Lucu jugak tengok gambar2 aku time kecil ni hehe. Ini lah antara gambar yang aku ambik ngan camera aku semula. Gambar time baby memang la aku takde sebab semuanya hangus time rumah aku terbakar tahun 1986 masa aku darjah satu.

Kat bawah ni semua gambar bulan Aug 1988 masa aku pegi Penang ngan family semua. Time tu kita orang pegi majlis Konvokesyen sepupu arwah Papa kat USM, Penang.

"Kat atas jambatan Pulau Pinang. Aku pakai baju Wings tuh :-)"