Some photos masa kat Bukit Jalil in July 2009. At least dapat la jugak tengok "LIVE" dia orang ni main walaupun bukan kat Old Trafford :-)
Monday, November 02, 2009
Man Utd vs Malaysia XI
Friday, October 30, 2009
Pengat Pisang
Hari Selasa hari tu aku telah membeli pengat pisang di restoran TTDI kat TTDI Jaya Shah Alam. Selalunya kalau aku ada kerja inspection kat area Shah Alam atau pun Klang, bila balik kerja tu aku akan singgah kat kedai ni untuk makan bubur. Memang banyak variety bubur kat situ. Pengat durian, pengat pisang, bubur kacang hijau.. Boleh kata semua ada la.
Tapi sekarang aku tengok bubur yang dia orang buat ni macam cair sikit. Maybe nak jimat kos rasanya, so santan pun di letak sikit je huhu. Yang gambar kat atas ni aku bungkus satu extra untuk makan kat rumah :-)
original : http://nikhasmizie.blogspot.com
Friday, October 23, 2009
Photos at site
Antara gambar-gambar yang sempat di ambil semasa bekerja di site.
Not much actually sebab selalunya x de sapa yang nak ambilkan huhu.
Friday, August 21, 2009
Professional Engineer Verification @ BEM
Dua hari lepas aku ada hantar email kat BEM sebab gambar aku kat Professional Engineer Directory tu still x de. Aku hantar photo id aku sekali so dia orang boleh la terus upload ke dalam system. Dalam email tu, ada jugak aku letak feedback suruh dia letak heading yang boleh distinguish samada orang tu Grad Engineer atau Professional Engineer.
Heading yang ada sebelum ni bila nak print ialah "BEM Register Directory". So aku suggest letak la heading as "BEM Register Directory : Professional Engineer". Lagi satu, aku rasa service ni juga adalah bagus untuk sesiapa nak buat online verification. Aku juga suggest kat BEM untuk letak logo BEM kat page tu. So bila print out that page nanti, nampak macam complete info dan formal sikit la.
Selepas satu hari, aku buka lagi page tu dan tengok gambar id aku dah ada.. thanks. Tapi yang agak aku terkejut ialah segala feedback yang aku suggest untuk letak heading dan logo pun dia dah buat bila aku check balik on 2nd day. Anyway, thanks a lot BEM or IT admin yang in charge. AKu dah dapat email from IT admin tadi kat bawah ni. So sekarang nampak macam formal sikit la bila aku nak print page tu as "online verification".
Kat sini ada 2 photoshots yang tunjukkan sebelum dan selepas aku punya feedback. Thanks BEM.
Email Replied from BEM:-
Mohammad Khalil Bin Saadul Baharim
reply-to itdept@bem.org.my
to hasmizie@gmail.com
date 21 August 2009 10:20
subject BEM Register Directory (Gambar)
Nama: Ir. NIK MOHD HASMIZIE NIK MOHD KAMIL
No. Pendaftaran: 14122
Disiplin: MECHANICAL
Merujuk kepada emel tuan yang dihantar kepada bem1@jkr.gov.my bertarikh
19/08/2009.
Gambar tuan kini telah dimuatnaik dan boleh dilihat di direktori Jurutera
Profesional di laman web BEM. Mohon maaf di atas ketiadaan gambar tuan
sebelum ini.
Jawapan tentang cadangan tuan:
1. Meletakkan 'heading', 'BEM Register Directory' diikuti dengan kategori
jurutera.
- Kini, setiap muka direktori yang tuan cetak akan mempunyai 'heading',
'BEM Register Directory' diikuti dengan kategori jurutera. Sesuai dengan
cadangan tuan untuk membezakan kategori BEM jurutera yang ada.
2. Adanya logo BEM pada direktori jurutera yang di cetak untuk tujuan
pengesahan.
- Logo BEM juga telah dimasukkan ke dalam direktori BEM dan akan dipapar
pada direktori jurutera yang di cetak.
- Tentang tujuan pengesahan pula, pihak BEM tidak menganggap cetakan dari
directori BEM sebagai satu medium yang sah untuk tujuan pengesahan. Untuk
pengetahuan tuan, ketika ini kami dalam proses untuk membangunkan sistem
atas talian pendaftaran dan pembaharuan BEM. Ianya akan mempunyai fungsi
untuk tujuan pengesahan atas talian apabila telah siap kelak.
Terima kasih.
--
Mohammad Khalil Bin Saadul Baharim
Assistant IT Officer
Communication & Information Technology Department
Board of Engineers Malaysia
Wednesday, August 05, 2009
Hari Sukan Damia Aug 2009
Weekend lepas hari Sabtu kita orang semua pegi attend hari sukan yang nursery/ school Damia organise. Buat kat Sekolah Rendah kat depan rumah aku je. Damia excited sangat untuk hari sukan dia tu. 2 days before tu memang kena belikan dia sport shoe la sebab dia punya yang beli dulu dah kena "ambik" ngan adik Iman :-) Senang jugak dua-dua baby girls jarak dekat ni sebab semua benda boleh share.
Damia tak berapa sihat sebenarnya hari tu sebab pipi dia bengkak sikit sebab ada problem ngan gigi. Tapi dia join jugak game hari tu. Masa mula2 event tu, nyanyi negaraku dan diikuti ngan nyayian dan joget "chicken dance". (please click here to learn chicken dance huhu).
Lepas tu Damia ada masuk 2 acara sukaneka ni. Salah satu ialah membawa bola ping-pong di dalam sudu dan berlari. Damia dapat 2 hadiah untuk game yang dia join tu, 1 game untuk pingat emas (no.1) dan satu game pingat gangsa (no.3). Semua game adalah acara berkumpulan. Ni ada jugak gambar Damia ngan best fren dia nama Majdulin (Sulin). Patutla best fren, muka pun dah lebih kurang :-)
Wednesday, June 17, 2009
Family outing - Bowling at 1 Utama
Ini antara gambar2 yang sempat di’snap’ time main bowling weekend hari tu di 1 Utama.
Gambar result ni untuk game kedua saje. Game 2nd ni aku kalah teruk ngan my wife hahaha. Buat pertama kalinya main bowling ngan my wife dan kalah di set kedua.
Game first aku menang, tapi result x ingat dah berapa.
Nampak sangat dah lama tinggalkan game bowling ni... baling pun dah tak pandai, tapi skill tetap ade :-)
Tuesday, June 09, 2009
Damia & Iman di Pantai Irama, Bachok
Damia & Iman di Pantai Irama, Bachok hari Ahad lepas. Seronok dia orang dapat jalan2 kat air pantai tu.
Sekarang Pantai Irama ni agak bersih dan terurus sedikit aku rasa. Ramai sangat orang.. maybe jugak kebetulan time cuti sekolah, so semua ambil kesempatan datang ke Pantai.
So far, aku rasa ni lah pantai paling best kat Kelantan. Lagi pun, tempat ni dekat sangat ngan kampung nenek dan sedara2 aku kat kampung Melawi, Bachok.
Kadang2 family sedara2 aku ada jugak arrange acara picnic kat pantai ni. Dulu2 time kecik2 pun aku selalu datang.
Plan nanti balik kampung next time, nak get ready Iman dan Damia punya swim suit. Boleh dia orang mandi2 dan main buat istana pasir :-)


