Wednesday, June 17, 2009

Family outing - Bowling at 1 Utama

Ini antara gambar2 yang sempat di’snap’ time main bowling weekend hari tu di 1 Utama.

Gambar result ni untuk game kedua saje. Game 2nd ni aku kalah teruk ngan my wife hahaha. Buat pertama kalinya main bowling ngan my wife dan kalah di set kedua.
Game first aku menang, tapi result x ingat dah berapa.

Nampak sangat dah lama tinggalkan game bowling ni... baling pun dah tak pandai, tapi skill tetap ade :-)

Tuesday, June 09, 2009

Damia & Iman di Pantai Irama, Bachok

Damia & Iman di Pantai Irama, Bachok hari Ahad lepas. Seronok dia orang dapat jalan2 kat air pantai tu.

Sekarang Pantai Irama ni agak bersih dan terurus sedikit aku rasa. Ramai sangat orang.. maybe jugak kebetulan time cuti sekolah, so semua ambil kesempatan datang ke Pantai.

So far, aku rasa ni lah pantai paling best kat Kelantan. Lagi pun, tempat ni dekat sangat ngan kampung nenek dan sedara2 aku kat kampung Melawi, Bachok.
Kadang2 family sedara2 aku ada jugak arrange acara picnic kat pantai ni. Dulu2 time kecik2 pun aku selalu datang.

Plan nanti balik kampung next time, nak get ready Iman dan Damia punya swim suit. Boleh dia orang mandi2 dan main buat istana pasir :-)