Wednesday, December 05, 2007

Damia & Iman

Dah lama tak post gambar2 terbaru Damia dan Iman. Damia skang dah dekat 2 tahun 3 bulan. Iman pulak dah nak masuk 7 bulan dah. Iman pun dah start makan :-) Damia pulak dah macam2 pandai... baca a,b,c... bilang 1,2,3... alif, ba, ta.... dan mcm2 la termasuk nyanyi :- )



Iman sunbathing :-)








Monday, December 03, 2007

Karnival Futsal SEMESTA siri 3/2007

Pada 25 Nov 2007 minggu lepas sekali lagi Team 96 Faris Petra telah menyertai karnival futsal siri ke-3 bagi tahun 2007 yang dianjurkan oleh SEMESTA. Team 96 telah menjadi johan kumpulan bagi kategori Junior (ada 2 kumpulan bagi set Junior).
Tahniah kepada pasukan Futsal FARIS PETRA 96 kerana telah melangkah ke Final sebelum akur di Final dengan penentuan sepakan penalti. Bertemu dengan pasukan paling muda bagi kategori Junior iaitu batch 2001 tidak sedikit pun melemahkan semangat FARIS PETRA 96 untuk menunjukkan kehebatannya dengan menyekat kemaraan batch 2001 yang sebelumnya menundukkan jemputan batch 99 di separuh akhir. Pasukan 96 bertemu batch 2000 A pada separuh akhir dan telah berjaya menjinakkan 2000 A dengan pergerakan menarik serta corak permainan pantas dengan keputusan 3-1.
Perlawanan akhir antara FARIS PETRA 96 dan 2001 seperti yang dijangka, berlangsung dengan sengit. Perbezaan usia tidak sedikit pun menyekat FARIS PETRA 96 untuk mempamerkan permainan cemerlang sehingga mengheret permainan ke penentuan penalti. Adegan berbalas serangan dan percubaan tepat oleh kedua-dua pasukan menambat hati semua penyokong yang hadir.Keputusan nyata berpihak kepada 2001 apabila dua sepakan penalti dari FARIS PETRA 96 tersasar.Keputusan akhir Final FARIS PETRA 96 tewas dengan jaringan 2-3.
Antara gambar2 yang diambil oleh photographer bebas...
Team 96


Pelancaran FARISPETRA FC

Pada 18 Nov 2007 hari tu ada tournament Futsal dianjurkan oleh Persatuan Kelab Peminat Kelantan FC yang dianjurkan oleh KAFA dekat HTO de futsal, PJ. Team Faris Petra FC ada hantar 3 team kali ni. Tapi nasib tak berapa baik kerana hanya lepas 2nd round je. Tapi kira ok la jugak sebab dapat main puas hati.
Dengan pelancaran kelab peminat Kelantan FC pada hari itu, team FARISPETRA FC telah mengambil kesempatan untuk merasmikan FARISPETRA FC oleh Datuk Anuar Musa.