Wednesday, March 07, 2007

Dah sampai Malaysia...

Dah lama aku tak tulis kat blog ni sejak balik dari U.S on 17 Feb last 3 weeks. Balik dari U.S hari tu memang penat. Flight from Houston - Los Angeles - Taipei - K.L took more than 24 hrs. Dah la dalam flight tak dapat tidur sgt, kejap2 terjaga je. Aku duk layan baca magazine dan dengar lagu je.... nak layan movie malas.

Masuk je KL office terus busy. Bos terus bagi task and have to meet deadline by 28 Feb. Nasib baik la dapat siapkan semua tu on time. Dapat la meyakinkan bos baru yang aku ni agak efisien jugak buat kerja ni :-)

Last weekend alumni Farisian ada buat game futsal kat Rio de Futsal. Aku pun turut serta la main. Kali ni nasib team 96 tak berapa baik berbanding tahun lepas dimana team 96 adalah naib johan. Pada tahun ni team 96 hanya menduduki tangga ke-3 kumpulan (out of 5). Tapi tu tak penting sangat, yang pentingnya dapat berkumpul ngan kawan2. Rasanya inilah penglibatan paling ramai team 96 yang datang utk menguatkan pasukan. Mat Icang dari S'wak, Mat Ju & Lotfi dari Pahang/ Terengganu, Jihe dari Terengganu... semuanya turun utk bermain dan bagi sokongan. Mat Ju juga ambik kesempatan tu distribute kad kahwin dia di Kelantan nanti.

Esok aku balik kampung aku kat Kelantan. Dah lama tak balik ni. Last balik Hari Raya Haji. Aku rasa elok je balik time ni sementara wife aku baru 7 bulan pregnant. Lepas ni dah deliver dan pantang lambat la pulak nak balik. Nasib baik bos kasi cuti 2 hari.. so dapat la 4 hari plus weekend. So balik ni dapat la aku pergi kenduri kahwin Mat Ju. Aku pergi kenduri rumah perempuan je la sebab kenduri rumah lelaki on 12 Mar tu aku dah balik KL.

Next week plak kena pergi S'pore. Ni la first time aku akan menjejakkan kaki ke S'pore. Walaupun dulu aku belajar kat Skudai, Johor ... tapi tak pernah pergi S'pore sebab time tu takde international passport....plus, duit pun x de hehehe.

1 comment:

dicky said...

cayalah nik... memang best... ko memang best...heheh...