Friday, February 09, 2007

Cerita di U.S

Sekarang dah tinggal lebih kurang 1 minggu je lagi sebelum aku menjejakkan kaki balik ke Malaysia. Tak sabar betul nak balik. Rasa lama benar dah duk sini, ye la dah dekat sebulan kat sini, memang lama pun.

Duk kat U.S ni banyak jugak perbezaan yang selalu kita biasanya pakai atau dengar. Antaranya macam unit ukuran/ sukatan yang kita pakai. Ye la Malaysia pakai metric unit, US nih pakai imperical unit. Contohnya kalau weather news kat sini, aku selalu nak kena convert dr fahrenheit ke celsius. Banyak lagi..... miles to Kilometer, timbang berat pakai pound instead of Kilogram, kalau order "take away" tu dia panggil "carryout", "lift" panggil "elavator" dan aku rasa banyak lagi la.


Hmmm balik M'sia ni banyak jugak kerja2 yang perlu di"settle"kan macam:-

1. Renew insurance & road tax kereta --> expired on 27 Feb
2. Baca surat yang MISC hantar kat rumah --> kena reply nih
3. Service kereta --> due for service dah ni
4. Pergi KWSP
5. Banyak lagi la...

Last weekend time aku balik dari Bahamas tuh mula2 plan ngan my colleague nak pergi downtown, tapi cancel. Pergi mall dekat2 ngan hotel ni je.. "The Woodlands Mall". Ok la jugak mall dia nih, besar jugak tapi 2 floor je. Tapi kat luar mall tuh ada tasik dan kalau berminat nak naik bot boleh la sebab ada tasik... aku x naik pun. Sebelum pergi Mall tu, singgah kejap kedai gadget/ computer kat sini... "BEST BUY". Ada kawan kat MISC kirim suruh beli speed trap detector. Ok la jugak price dia tuh, mmg berbaloi kalau selalu kena saman hehehe. Harap2 it will work well. According to spec, memang boleh detect laser dan range of detection is about 1 mile.. ok la tu kot. Ushar jugak laptop yang si Fame tanya, tapi kat kedai ni x banyak la plak brand tu. Model yang nak cari tu plak takde.

Hujung minggu ni last weekend aku kat sini. So far takde plan lagi nak gi mana2. Kali ni pun aku follow je la kawan aku dari German tu :-) On the way pergi Galvestone island hari tu, ada jugak snap gambar bandar Houston kat sini.
"Houston downtown"
"The Woodlands Mall" "Lake Robbins"
"Speed trap detector - Brand COBRA"

5 comments:

Ejey said...

Weh, kata nk cari SLR?

Kalu ko tanya mana bagus between D80 dgn EOS 400D (aku pakai EOS400 la..baru 3 bulan beli), terserah pd ko jugak sbnrnya.

1. Kalu wife mung turut sama guna cam tu nnt, baik ambik Canon sbb jauh lebih ringan dr NIKON.

2. Cam Canon,TIMING utk ambik gambar cepat dr Nikon. Mung bleh tgk, wedding photographers salunye guna NIKON, tp news reporters ramai guna CANON sbb mmg laju nk ambik gambar cepat2.

3. Batteri CANON tahan lama gile, esp. 350 + 400 series.

4. Ko try sendiri kat kedai.Kat US senang, bleh try2 tekan seme sbb Msia susah.

Kalu ko tanya aku, sure aku suh ambik Canon hehe. Tp kalu tanya NIKON users, logik la dia suh ambik NIKON kan? Terserah pd ko jugak lah hehe.

Nazaruddin said...

Nie..banyak surat kat workstation kau nie..nanti call junita bila dah balik.

Nazaruddin said...

Rashidi..nak pesan satu lagi cobra..tapi dgn air liur dulu le..tapi kalau kau nak duit dia boleh bank in terus ke account kau. Syaratnye...less than RM500

Hasmizie said...

Harga COBRA tu dalam USD150 = RM525. Kedai tu jauh dr tempat aku stay ni, aku pegi hari tu pun time weekend... lambat la.Aku balik lusa.

Hasmizie said...

Aku dah suruh Junita pos semalam semua surat2 aku yang still sampai kat ofis MISC. Kalau ada apa2 lagi bgtau la. Amacam ngan ISO Launcing? gempak tak?