Friday, November 13, 2009

Piala Malaysia 2009 : Kelantan vs Negeri Sembilan

Antara gambar-gambar yang sempat diambil di dalam stadium Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Piala Malaysia pada hujung minggu lepas.


Sempat jugak aku ambil gambar bahagian tempat duduk yamg kena bakar tu. Mujur tempat kejadian agak jauh dari tempat aku, so agak selamat seikit. Kalau tidak kelam-kabut jugak nanti.



Tapi, aku lebih tensen ngan player N.9 yang bila kena tackle sikit, sakit pulak lebih2 dan telah membuang masa di dalam padang. Kalau sakit sangat, pembantu perubatan tu bawa la keluar cepat2. Yang tak tahan tu, bila kena usung je keluar, eh eh lepas tu terus masuk cepat je baik.

Antara mistake yang banyak dilakukan pasukan pertahanan Kelantan berjersey no. 27. Aku difahamkan dia ni player bawah 20 dan Sothia tidak mempunyai pilihan untuk tidak menurunkan dia kerana termaktub dalam rules FAM mesti menurunkan at least seorang player bawah 20 untuk aksi final ni. Seorang lagi yg dalam senarai ialah penyerang. So Coach terpaksa la jugak simpan dia di dalam padang tu sampai lah game habis.

Pasukan midfield Kelantan juga agak lemah dan passing yang agak hambar dan kekadang mistake juga banyak dilakukan.

Anyway, aku tak rasa pasukan N.9 kuat sangat pun, Cuma dia pandai mencari kelebihan dengan memanfaatkan “lubuk” jersey no.27 yang Kelantan simpan di dalam padang tu.

End.
Aku dengan bersemangat untuk sokong pasukan negeri kelahiran aku pada Piala Akhir kali ni, tapi corak permainan yang dipamerkan pasukan Kelantan agak lesu dan banyak mistake yang tidak patut tetapi tetap terjadi.

No comments: