Monday, November 23, 2009

End year school event for my 1st Daughter Damia








Semalam layan pergi persembahan my daughter kat Sekolah Rendah dekat rumah ni. Nursery tempat hantar Damia dan Iman tu organized event untuk persembahan akhir tahun dan majlis penyampaian hadiah untuk 6 years old student kat situ.
The event started around 2.30 pm kot, tapi family semua dah sampai pukul 2 pm camtu. Semangat semua rasanya… lagi pun budak2 tu semua nak kena bersiap pakai costume everything.
Damia tahun ni dah 4 tahun, so dia pun join jugak la buat persembahan. Hari tu dia dah cakap, “Papa, nanti Damia jadi bunga masa persembahan nanti”. So semalam betul la, dia buat persembahan tu, she is part of 3 orang yang jadi bunga kena melentok2 kat depan atas stage tu la. Beside her yang sebelah kanan dia kat atas stage tu ialah her best fren. Boleh kata tiap2 hari dia akan sebut nama budak tu (Sulin). Rapat sangat ngan Sulin ni, sampai kekadang kalau menangis pun akan panggil nama Sulin.
Performance lepas2 tu adalah macam2 lagi ngan tarian dan nyanyi2 untuk students 5 dan 6 years old. Ok la jugak persembahan, tapi banyak gangguan oleh system P.A yang kurang bagus sikit. Anyway x pe la, yang penting students semua happy.
Lepas tu majlis penyampaian hadiah untuk para pelajar. Dimulai dengan student 4 tahun, sampai la umur 6 tahun. Damia x naik sbb dia dapat no.4. Hadiah sampai no.3 sahaja. Masa exam pertengahan tahun hari tu, dia dapat no.3. X pe la Damia, you have to try your best next year okay. Papa & Mama will support Damia belajar rajin2 lagi ye. Anyway her best fren Sulin tu dapat no.1. I’m proud of my daughter walaupun dapat no. 4. Student utk 4 tahun ialah total 19 students, so it should be okay sebab most of her result dah 90++ %.
Lepas tu ada acara collect folder gambar kenangan yang dia org dah shoot kat sekolah. Masa ni Damia dapat naik la stage jugak untuk ambik folder tu dan bergambar ngan cikgu. Yang tak tahan tu,lepas turun stage tu bukannya nak tunjuk kat Papa & Mama dia, tapi berkejar terus pegi kat Sulin dan mak Sulin :-)

Tuesday, November 17, 2009

Happy Birthday to Me!

Aku rasa macam x percaya la pulak yang today is Birthday aku yang ke-30. Serius aku macam x percaya sebab kebanyakan orang kalau jumpa aku, they expect aku ni around age 25 (muahahahha sila muntah darah huhu).

Lagi terkejut bila aku bagitahu yang anak pun dah 2 orang.

Setiap orang ada dream tersendiri apa yang nak dicapai bila umur dah meningkat ni, especially bila dah 30. Satu angka yang boleh kata agak besar jugak kalau kategori umur ni. Sebelum ni aku pernah cerita yang aku nak achieve something before age 30 dan alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk aku. Dari dulu aku dah target nak dapatkan Professional Engineer title aku tu before age 30 dan Alhamdulillah dah dapat masa bulan July hari tu. Agak sedih bila aku x dapat berkongsi kegembiraan aku tu dengan arwah Papa. Aku tahu, dia mesti happy sangat kalau dia masih hidup.

Banyak lagi sebenarnya plan2 lain dan ia tidak semestinya berkait ngan umur dan kerja sahaja. Aku rasa memang aku ada sifat dan ciri2 DETERMINED dan itulah yang yang selalu membuatkan aku rasa ingin mendapatkan dan cuba sesuatu. Aku harap aku bergerak ke arah yang positif dan mencapai apa sahaja yang aku cita-cita kan.

Anyway to all my dear frens yang send wishes to me. Thanks a lot. Semoga apa2 yang dirancang untuk hari2 mendatang akan dimakbulkan Allah.

End.

Friday, November 13, 2009

Piala Malaysia 2009 : Kelantan vs Negeri Sembilan

Antara gambar-gambar yang sempat diambil di dalam stadium Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Piala Malaysia pada hujung minggu lepas.


Sempat jugak aku ambil gambar bahagian tempat duduk yamg kena bakar tu. Mujur tempat kejadian agak jauh dari tempat aku, so agak selamat seikit. Kalau tidak kelam-kabut jugak nanti.



Tapi, aku lebih tensen ngan player N.9 yang bila kena tackle sikit, sakit pulak lebih2 dan telah membuang masa di dalam padang. Kalau sakit sangat, pembantu perubatan tu bawa la keluar cepat2. Yang tak tahan tu, bila kena usung je keluar, eh eh lepas tu terus masuk cepat je baik.

Antara mistake yang banyak dilakukan pasukan pertahanan Kelantan berjersey no. 27. Aku difahamkan dia ni player bawah 20 dan Sothia tidak mempunyai pilihan untuk tidak menurunkan dia kerana termaktub dalam rules FAM mesti menurunkan at least seorang player bawah 20 untuk aksi final ni. Seorang lagi yg dalam senarai ialah penyerang. So Coach terpaksa la jugak simpan dia di dalam padang tu sampai lah game habis.

Pasukan midfield Kelantan juga agak lemah dan passing yang agak hambar dan kekadang mistake juga banyak dilakukan.

Anyway, aku tak rasa pasukan N.9 kuat sangat pun, Cuma dia pandai mencari kelebihan dengan memanfaatkan “lubuk” jersey no.27 yang Kelantan simpan di dalam padang tu.

End.
Aku dengan bersemangat untuk sokong pasukan negeri kelahiran aku pada Piala Akhir kali ni, tapi corak permainan yang dipamerkan pasukan Kelantan agak lesu dan banyak mistake yang tidak patut tetapi tetap terjadi.

Monday, November 02, 2009

Man Utd vs Malaysia XI

Some photos masa kat Bukit Jalil in July 2009. At least dapat la jugak tengok "LIVE" dia orang ni main walaupun bukan kat Old Trafford :-)