Monday, October 06, 2008

Hari Raya Aidilfitri Oct 2008

Tahun ni aku dan family semua beraya di Shah Alam dulu. Di pagi Raya tu kita orang semua pegi solat sunat Aildilftri di masjid negeri. Aktiviti di raya pertama macam biasalah mesti dipenuhi dengan acara makan ketupat dan rendang semua. Sebelah petang tu kita orang semua pergi ziarah rumah sedara belah family wife aku dan juga balik ke Ulu Yam rumah nenek wife aku.

Raya ke-2, disebabkan family in law aku pun nak balik ke kampung di Pahang, so aku decide terus balik ke kampung aku kat Kelantan aje lah. Ye la, lagi pun x de sape2 pun kat S. Alam ni nanti. Ingatkan jalan x de la jem pun sebab dah raya ke-2 untuk balik kampung... tapi sebenarnya tidak. Rupa-rupanya ramai juga yang memilih untuk balik kampung pada raya ke-2 ni. Agak boleh la sampai cepat sbb x sibuk jalan time2 raya ni... tapi disebabkan kereta pun banyak dan jalan pun agak jem jugak especially area gua musang, kuala krai dan machang tu, so aku pun sampai lebih kurang 9 jam ++ perjalanan jugak la dicampur dengan berenti makan dan ke toilet semua.

Sampai je kat kampung raya ke-2 belah malam tu dalam pukul 9 mlm... terus buat aktiviti main mercun yang di"supply" oleh wife aku. Dia dapat banyak mercun free dari "toooooottt" :-) . Mercun paling ganas aku rasa mercun roket yang berat dlm 1.4 kg x silap aku. Mercun tu ala2 yang orang pakai untuk pertunjukan bunga api tu. Aku rasa satu kampung tu terang benderang bila pasang mercun tu :-). Nasib baik la semua mercun yang dibakar tu free, x de la aku terasa macam bakar duit plak hehehe.

Raya tahun ni aku boleh spend lama sikit juga la kat kampung sebab aku ambik cuti sampai 12 Oct. Tapi aku ingat maybe nak balik KL hari Selasa ni kot dan pendekkan sikit cuti aku. Maybe aku cancel 1 atau 2 hari cuti aku. Ye la, dapat juga aku save untuk pakai time Raya Haji ke nanti.






"4 keping gambar di atas semasa beraya kat S.Alam Raya pertama"


"3 keping gambar di atas semasa beraya kat Kelantan Raya ke-3"

4 comments:

dicky said...

wah.. bestnyer main bunga api free... ishk.. kat kampung kamila ada bunga api and yang tembak2 tu ajerr.. aku tak main pun.. tlg amik gambar jer.. ishk.. dah tua.. tahun depan aku nak book bunga api ngn bini ko.. tak kira.. nak jugak.. nak jugak..

miezi said...

hello.im also miji, eheh.stumble upon ur blog. nice blog anyway :)

Hasmizie said...

Izani,

Kau nak yang free jugak ke? x pe la member punya pasal aku jual murah2 je hahaha.

Miezi,
Thanks for visiting my blog.

dicky said...

siot jer... aku nak yg 1.5kg punyer yer..