Sunday, January 21, 2007

Training at Houston, TEXAS

Aku dah sampai kat Houston, TX ni since hari Sabtu lepas. Lama jugak naik flight dari K.L. Hmm flight yang aku naik tu stop kat Taiwan kejap dalam sejam lebih. lebih kurang 20 jam dalam flight, sampai la kat Los Angeles. Tapi lepas tu nak kena naik flight lagi utk pergi Houston. Memang pening la journey aku ke U.S nih, dah la 1st time ke U.S, pastu pening ngan timing dia lagi. Ye la kat Houston ni time dia lambat 14 jam dari Malaysia (GMT-6).

Nasib baik la aku sampai hari Sabtu kat sini, training start hari Isnin, so ada masa la aku nak rilek2 dan betulkan minda aku ngan 'jet lag' nih :-). Orang kat sini cakap tahun ni weather kat sini pelik sikit. Tak pernah winter time Houston area sejuk macam nih....hmm dah la aku tak suka winter season nih. Bagi aku, Malaysia punya weather la the best. Memang tahun ni banyak weather yang pelik2 la... tengok la kat Malaysia, tak pernah2 pun Johor boleh banjir macam tu.

2nd day kat sini aku dah mula berjalan kat area dekat2 sini. Aku jalan kaki je nak pegi kat kedai dekat2 nih. Memang pelik la aku jalan kaki kat sini sbb kat area sini, semua orang ada kereta dan dia orang tak jalan kaki pun nak pegi mana2 sebab semua tempat yang nak pegi tu mmg kena naik kereta. Kat sini satu biji motosikal pun aku x penah nampak lagi. Mostly dia orang pakai 'truck' atau kat tempat kita tu lebih kurang 4 wheel drive Ford Ranger la. Tapi truck kat sini yang dia org pakai tuh memang besar2 giler la. Berbalik pada cerita jalan kaki tadi, aku jalan kaki lebih kurang 20 minit utk ke 'Wal-Mart' (lebih kurang GIANT atau TESCO) kat sini. Tujuan paling utama ialah nak cari headset ngan mic sbb nak call wife & family aku kat Mesia pakai Skype. Sampingannya beli la makanan sikit heheheh. Untung pakai skype nih, ari Sabtu hari tu aku beli intl call card kat L.A airport USD10 boleh cakap 9 minit je.. mahal giler.

So hari ni dah 1 minggu la aku kat sini. Dah seminggu la aku attend training nih. Ada 4 minggu lagi untuk habiskan training ni. Dari hotel aku stay ke tempat training tuh lebih kurang 1/2 jam je perjalanan. Jalan dia pun senang je.. ikut highway straight je. Hmm.. highway dia ni x de toll pun. Tempat aku training tu provide van utk kita orang datang kerja.. so ok sangat la...nak pergi mana2 senang. Kat sini makan tu boleh kata x de la problem sangat sbb banyak Chineese restaurant, fast food.... so cari yang vegetarian atau seafood punya la.

Satu lagi culture yang baru aku terpaksa adopt kat sini ialah bagi tips. Setiap kali pergi restaurant ngan member2 lain mula2 pelik jugak apsal dia org bagi lebih je, rupanya kena bagi tips. Sini kiranya macam 'compulsary' la bagi tips. Dah culture dia org. Aku order pizza hari tu pun bagi tips dlm USD3 :-)

Hmm banyak lagi aku nak cerita pasal kat Houston ni.. lain kali tulis lagi. Kat bawah ni ada some photos kat area Houston ni... nanti update lagi.

'tempat tinggal ku kat Houston ni...'













'view dari bilik hotel.. nampak highway I-45'














'Restaurant Popeye'

3 comments:

fame said...

sedih plak citer blog ko ni... part plg best tu.." jaln kaki gi hypermartket sbb nk beli headpon nak kol family..." pilu siot... nway ape2 ko jgn lupa ushar tecra A7 ngan A6 kat sana ek..good luck dude

mohd fauzi said...

nik....

la...lupa lak aku nak cakap pasal tips lepas makan. jgn le bagi 3dollar...tu org kaya aje tu. takat bagi 50ecnt ke...1 dollar ke ok le...

nanti sambung lagi

Nik Hasmizie said...

mula2 mmmg nak bagi sikit je. Tapi tanya receiptionist hotel ni biasa dia bg berapa, dia cakap dia biasa bagi USD5. Ingatkan USD3 tu kira dah sikit heheh. Maybe skrg ni tips pun dah naik. Tanya kawan kat sini, "rule of thumb" ; tips kat restaurant = 15% of total cost. Betul ke tu?