Wednesday, September 07, 2011

Pepatah "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat"

Hari tu masa cuti beraya kat KB,  aku ada post kat wall buat teka-teki betul ke orang dulu-dulu memang sanggup perjuangkan adat sampai sanggup nak bunuh anak sendiri? … “Biar mati anak, jangan mati adat”.
Tapi setelah berjam-jam dan berhari-hari, masih x de orang yang bagi jawapanyang betul. LOL.

Okay, disebabkan aku dah promise nak bagi jawapan…. Berikut ialah penerangannya secara mendalam sikit.

Sebenarnya peribahasa atau perumpamaan ini berasal dari Negeri Sembilan. Orang Minangkabau dulukan memang dipenuhi dengan adat Pepatih ni. Anak yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada anak pokok pinang yang ditanam di hadapan rumah Buapak. Di setiap kampung atau kawasan, hanya ada satu je Buapak. So, bila ada Buapak baru yang dilantik di kalangan mereka, pokok pinang yang di tanam di halaman rumah Buapak lama tu hendaklah ditebang dan ditanam pula pokok pinang baru di hadapan rumah Buapak yang baru. Walaupun pinang tu masih kecil (anak pinang) contohnya, mestilah ditebang juga untuk mengelakkan kemusykilan atau confuse dikalangan sesuatu Perut tu yang mana satu Buapak yang betul. Ye la, kalau dah ada dua batang pinang kat depan dua rumah, mesti lah kita tak tahu yang mana satu Buapak yang masih berkuasa kan?

Jadi, sebab tu lah wujudnya peribahasa “Biar mati anak, jangan mati adat”…. Untuk beritahu bahawa, biarlah mati anak pinang yang ditebang tu, tapi jangan mati adat yang membenarkan hanya seorang je Buapak untuk jadi Ketua.

Okay, puas hati tak ngan jawapan ni? :-)

Credit to my wife Shaliza yang bagi teka-teki ni :-)

Note : Buapak adalah gelaran kepada seseorang yang mengetuai sesuatu Perut dalam masyarakat Adat Perpatih. Perut adalah kumpulan yang berasal daripada nenek atau moyang perempuan yang sama. Ahli-ahli dalam sesuatu perut itu amat rapat dan mereka memilih seorang ketua yang dipanggil Buapak. Antara tugas Buapak ialah menjaga maruah anak-anak buahnya, menguruskan istiadat keramaian (seperti perkahwinan) dan juga menyelenggara soal-soal pembahagian harta pusaka.

No comments: