Friday, August 21, 2009

Professional Engineer Verification @ BEM

Dua hari lepas aku ada hantar email kat BEM sebab gambar aku kat Professional Engineer Directory tu still x de. Aku hantar photo id aku sekali so dia orang boleh la terus upload ke dalam system. Dalam email tu, ada jugak aku letak feedback suruh dia letak heading yang boleh distinguish samada orang tu Grad Engineer atau Professional Engineer.
Heading yang ada sebelum ni bila nak print ialah "BEM Register Directory". So aku suggest letak la heading as "BEM Register Directory : Professional Engineer". Lagi satu, aku rasa service ni juga adalah bagus untuk sesiapa nak buat online verification. Aku juga suggest kat BEM untuk letak logo BEM kat page tu. So bila print out that page nanti, nampak macam complete info dan formal sikit la.
Selepas satu hari, aku buka lagi page tu dan tengok gambar id aku dah ada.. thanks. Tapi yang agak aku terkejut ialah segala feedback yang aku suggest untuk letak heading dan logo pun dia dah buat bila aku check balik on 2nd day. Anyway, thanks a lot BEM or IT admin yang in charge. AKu dah dapat email from IT admin tadi kat bawah ni. So sekarang nampak macam formal sikit la bila aku nak print page tu as "online verification".
Kat sini ada 2 photoshots yang tunjukkan sebelum dan selepas aku punya feedback. Thanks BEM.
Email Replied from BEM:-
Mohammad Khalil Bin Saadul Baharim
reply-to itdept@bem.org.my

to hasmizie@gmail.com
date 21 August 2009 10:20
subject BEM Register Directory (Gambar)


Nama: Ir. NIK MOHD HASMIZIE NIK MOHD KAMIL
No. Pendaftaran: 14122
Disiplin: MECHANICAL

Merujuk kepada emel tuan yang dihantar kepada bem1@jkr.gov.my bertarikh
19/08/2009.

Gambar tuan kini telah dimuatnaik dan boleh dilihat di direktori Jurutera
Profesional di laman web BEM. Mohon maaf di atas ketiadaan gambar tuan
sebelum ini.

Jawapan tentang cadangan tuan:
1. Meletakkan 'heading', 'BEM Register Directory' diikuti dengan kategori
jurutera.

- Kini, setiap muka direktori yang tuan cetak akan mempunyai 'heading',
'BEM Register Directory' diikuti dengan kategori jurutera. Sesuai dengan
cadangan tuan untuk membezakan kategori BEM jurutera yang ada.

2. Adanya logo BEM pada direktori jurutera yang di cetak untuk tujuan
pengesahan.

- Logo BEM juga telah dimasukkan ke dalam direktori BEM dan akan dipapar
pada direktori jurutera yang di cetak.

- Tentang tujuan pengesahan pula, pihak BEM tidak menganggap cetakan dari
directori BEM sebagai satu medium yang sah untuk tujuan pengesahan. Untuk
pengetahuan tuan, ketika ini kami dalam proses untuk membangunkan sistem
atas talian pendaftaran dan pembaharuan BEM. Ianya akan mempunyai fungsi
untuk tujuan pengesahan atas talian apabila telah siap kelak.

Terima kasih.

--
Mohammad Khalil Bin Saadul Baharim
Assistant IT Officer
Communication & Information Technology Department
Board of Engineers Malaysia
http://www.bem.org.my

Before feedback

After feedback

2 comments:

karim don said...

apa beza grad dgn pro eng? mcm sama je.

Adi Atsauri said...

Tahniah Jie.