Friday, November 21, 2008

Update 21 Nov 2008

Dah agak lama aku tidak update blog aku ni. Hari tu ingatkan aku nak tulis review pasal aku tengok cerita Budak kelantan tukat GSC One Utama. Pastu rasa macam malas la plak hehhe. Anyway cerita tu x de la best sangat, x de la teruk sangat. Cuma bagi aku ada jalan cerita yang kekadang aku rasa tergantung dan pengisian cerita tu tak berapa padat. Ada juga adegan atau situasi yang pada pemikiran aku x berapa nak logic. Macam aksi pempuan Cina kena culik. X de pun nak berhempas pulas dan berteriak bagi nak melepaskan diri. Rela je macam tu. Ada lagi la adegan2 lain yang x berapa padat tapi ada juga skrip2 yang best dan lawak. Macam ketika perbualan di dalam kereta time Buchek nak suruh berenti Solat Asar tu J

Kelmarin, aku layan lagi satu cerita melayu.. juga kat GSC One Utama. Cerita WAYANG yang dilakonkan oleh Eman Manan dan Zulhuzaimy. Ye la... kat situ je senang nak tengok movie, lagi pun dekat je ngan rumah aku One Utama ni. Dalam 10 minit dah boleh sampai. Aku suka je tengok Zulhuzaimy ni berlakon... mamat ni mmg best kalau berlakon jadi mat rempit. Tapi dalam cerita wayang ni dia jadi orang buta pulak. Aku tabik sebab dia pun boleh cakap dialek Kelantan dgn bagus dalam cerita WAYANG ni. Eman Manan jgn cakap la... aku rasa dia tu mmg orang Kelantan dah plak sbb dia punya lenggok bahasa dialek tuh mmg original habis. Dua-dua movie ni aku pegi tengok ngan wife aku pada hari Rabu :-)

Esok malam aku akan travel ke Korea untuk seminggu je. Aku patutnya pergi kursus ni time bulan puasa hari tu.. tapi aku mintak untuk attend yang buat bulan 11 ni. Malas aku nak menyusahkan diri sendiri berpuasa kat Korea tuh haha. Ye la, nanti nak makan sahur dan berbuka mestilah rumit kat Korea tu. Aku x de la excited sanagt nak pergi kursus kat Korea ni tapi for sure kursus ni amat berguna untuk kerja yang aku buat sekarang ni pasal new building project.

Aku check rate duit Korea sekarang memang rendah kalau nak dibandingkan time aku stay sana tahun 2003 & 2004 dulu. Rate sekarang 0.24 je. Dulu time aku kat sana rate 0.3 macam kat Jepun je. So barang pun mahal la kat sana. Kalau ikut rate yang baru ni.. nampaknya duit RM begitu kukuh berbanding Korean Won. So x perlu la bawa duit banyak2 J

2 comments:

Anonymous said...

Memang la Eman Manan tu pandai cakap loghat pantai timur sbb dia org Terengganu...

Anonymous said...

aku baru nak tgk budak klantan.. tak best ke gie?