Friday, November 28, 2008

New Construction Course, Busan S.Korea

Hari ni dah last day aku kat Busan ni. Tak sempat dan bercampur malas untuk aku update blog masa aku mula2 sampai kat Busan on last Saturday (23 Nov).

Cuaca kat sini agak sejuk, ye la dah musim winter sekarang ni. Keluar drp hotel ni je mesti kena pakai jaket tebal. Datang untuk course ni for just 5 days memang tak sempat aku nak berjalan ke mana2. Very tight schedule, ditambah pula tempat hotel aku stay ni agak jauh ngan bandar Busan... dlm 50 min kot kalau naik subway atau taxi.

Last sekali aku datang Korea ni x silap 4 years ago time aku still involve ngan kerja site opis kat Geoje island tu. Agak banyak benda yang dah berubah kat sini...contohnya tempat yg aku stay skang Haeundae beach ni sebenarnya aku dah penah duduk area ni time aku mula2 datang Korea in 2003 dulu dalam masa sebulan. Time tu aku attend training sebelum pegi site opis. So aku memang familiar sangat ngan area ni dulu.. tapi skrg nak cari jalan ke subway pun aku dah lupa :-) Aku dah tak boleh nak recognise betul2 area ni walaupun dulu aku selalu je berjalan balik dr apartment utk ke subway setiap hari for 1 month.

Kursus yang aku attend ni nasib baik buat kat tempat sama dalam hotel ni jugak. So agak okay la sebab tak payah nak travel pegi ke mana2. Mmg bagus sgt especially time winter ni. Semalam hari 2nd last day kursus ni.... tutor bawak pegi makan Korea Restaurant. Macam biasa dan dulu lagi, aku mmg x excited langsung nak makan kat luar kalau di Korea ni. Selalunya kalau terpaksa je baru aku layan pegi Korean Restaurant ni. So semalm kira terpaksa juga la sbb semua yang attend kursus ni pergi makan kat restaurant Korea area2 sini jugak. X de la jalan kaki, still dia org kena arrange bas untuk pegi sana.

Hari ni last day course, terasa macam sekejap je 5 hari macam tu je. Of course banyak benda yang aku belajar masa course ni... especially sharing the experince ngan Surveyor2 lain dr Japan, China, Sri Lanka dan Korea. Esok pagi2 aku dah kena bangun. Flight from Gimhae pukul 7 pagi. So maknanya pukul 5 pagi aku dah kena blah dari Paradise Hotel ni. Expected sampai M'sia dlm pukul 7 petang. Lambat sikit sbb ada connecting kena stop kat KK dulu.

Hari ni juga sebenarnya Anniversary aku dan wife kahwin 4 years ago 28 Nov 2004. Nasib baik esok dah balik, so celebrate kat KL je la besok... delay 1 day :-)

p/s : Nanti aku upload gambar2 yang snap time kat Busan ni dan juga aktiviti di dalam kelas time kelas in next post.

end.

1 comment:

O said...

1stly: salam p'kenalan dari saya
2ndly: wau! korea..dulu kat Busan saya sempat singgah kat stadium jek..maklumler tahun 2002 dulu masih hangat dgn world cup..
3rd: nice blog..again, salam perkenalan..tukar link bleh?