Dua minggu lepas pergi ke Majlis Konvokesyen Riena kat UKM. Aku tumpang bangga untuk dia sebab akhirnya telah habis belajar kat UKM, Bangi dan dapat Bachelor Degree Science (Hons) in Biology. Kalau tak silap, for the 2 last semester, dia dapat anugerah Dekan untuk 2 kali berturut-turut (benda yang aku tak pernah dapat kat UTM dulu hehehe).
Dalam gembira ada juga sedih sebab arwah Papa tak dapat tengok sendiri majlis Konvokesyen untuk Riena ni. Berbanding ngan aku dulu kedua-dua Mama dan Papa ada kat dalam dewan UTM, Skudai (Dewan Iskandar kalau tak silap) tu untuk lihat anaknya berjaya menggenggam segulung ijazah. Takpe lah, memang semua sudah ditentukan oleh-NYA.
Riena sekarang sambung ambil Master kat UKM, Bangi. Harap-harap dalam 2 tahun lagi dia berjaya genggam ijazah untuk Master pulak.
CONGRATULATION !!!
1 comment:
tingat zaman k.ida dulu,ada jugak mbik gambar sini.mmg tak de tmpt lain dah.....
Post a Comment