Wednesday, April 15, 2009

Suatu hari di gerai burger kat rumah aku

Pada suatu petang di gerai burger kat area rumah aku, depan D'Hati supermarket.

Auntie (A) : Kasi burger satu

Penjual burger (PB) : okay

A : Eh, lu pakai apa brand punya mayonis aaa

PB : terpikir kejap..... saya pakai USA punya

A : oooo US punya kaaa. Kenapa talak pakai Lady's Choice? Lady's Choice punya sedap maa

PB: dengan muka bengang diam je x sambung cakap dan sambung buat burger....

Aku terpikir dalam hati : bro, brand mayonis apa dr USA punya yg awak pakai? setahu aku kalau kat gerai burger org pakai mayonis yg timbang kilo je.

Tuesday, January 20, 2009

Damia goes to School



Inilah Damia sekarang di waktu pagi. Pimpin adik dia sekali untuk pegi nursery/tadika. Start tahun ni, dia dah kira masuk tadika, tapi di tempat sama ngan nursery tu la. Mula2 ingat x nak masukkan dia untuk ikut kelas lagi, ye la dia baru je nak masuk 4 tahun. Tapi kawan2 satu 'batch' ngan dia kat nursery tu semua mak bapak dia org hantar terus masuk tadika kat situ.


Damia mmg excited sgt nak ke sekolah pagi2. Nak kena mandi dan siapkan dia pagi2 pegi sekolah. Terasa macam dia dah sekolah darjah satu plak haha. Aku dulu mana pegi tadika lagi masa umur 4 tahun. Aku start pegi tadika ni umur 6 tahun je. Tapi lain la, sbb mama aku dulu ada pengasuh kat rumah untuk jaga adik beradik. Aku plak skang mmg x de bibik kat rumah dan x berminat nak ada pengasuh kat rumah. So mmg bergantung terus kat nursery tu la.

-----------------------
Sent From My Nokia E71 Wireless Handheld

Wednesday, January 07, 2009

Bunga Kelana 10


Tadi masa aku attend survey kat dalam MMHE, aku ternampak kapal ni. Aku tengok je nama kapal, sah mmg aku kenal. Inilah kapal no.4 delivered time project newbuilding kat Korea dulu. Kapal ni delivered in 2004 dlm bulan 8 camtu. So skrg umur dia dah nak masuk 5 tahun la. Nampaknya dia datang sini for her first Special Survey.


Pelik jugak aku tengok kapal ni, ye lah yg bahagian topside colour orange tuh dulu sebenarnya dicat warna hitam. Maybe time first docking dulu dah tukar colour spec. Funnel pun nampaknya dah ditukar logo. Hmm, terjumpa jugak aku kapal yang aku involved project dulu.


-----------------------
Sent From My Nokia E71 Wireless Handheld

Sunday, January 04, 2009

Fasten your seatbelt please...

Sekarang kat Malaysia sudah ada undang2 bagi pemakaian tali pinggang belakang untuk kereta. Memang sudah ada kajian ttg tahap pengurangan impak sewaktu eksiden bagi penumpang belakang dgn pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang belakang ni.

Kat negara maju lain memang dah lama praktis benda ni. Tapi apa yg aku musykil pasal benda2 kat bawah ni.

1. Kenapa kereta persendirian shj diketatkan undang2 ini. Kereta lain spt teksi kenapa tidak dilaksanakan undang2 dgn serentak? Buduh.

2. Lori dan bas. Kenapa x de tali pinggang keledar utk penumpang bas? Cuba tgk berita, sekali eksiden berapa org yg cedera parah atau maut kat dalam bas tu.

Encik Gov, kalau nak start undang2 tu, buat la serentak dan seragam... Baru la betul. Ni separuh2 apa cerita?

Yg aku tahu kalau kat Korea mmg tali pinggang utk penumpang bas ada disediakan, tapi utk 1st row tempat duduk je dan wajib pakai.

End.

-----------------------
Sent From My Nokia E71 Wireless Handheld

Tuesday, December 30, 2008

SOGO Sales



Inilah gambaran orang shopping kat SOGO hari ni. Pada pandangan aku memang x berapa ramai orang yg shopping hujung tahun ni. Maybe sbb Christmas shopping dah habis, ataupun skrg org dah mula berjimat habis sbb economy trend skang ni.

-----------------------
Sent From My Nokia E71 Wireless Handheld

Year 2008

Tak sampai 2 hari lagi akan mencecah tahun 2009. Tahun yang aku rasa begitu mencabar bagi dunia skrg yang ekonomi x tentu arah ni. Bagi aku pulak, bermula tahun 2009 nanti bermakna aku akan kehilangan title umur 20-an. Tahun depan aku akan memasuki era orang dah kira berumur sikit, ye lah dah pakai umur ngan pangkal huruf 3 haha. Dah rasa berumur sikit ni.

Aku cuba refresh apa benda2 penting atau perkara penting yg berlaku tahun 2008 ni. Firstly, aku rasa since aku mendaftar ahli bloggers, tahun 2008 ni lah paling byk post aku so far, nak dekat 50 :-). Bukan aku x bz, maybe byk benda2 yang aku nak tulis dan share kat blog, ditambah pulak aku ada full time access thru mobile.... So nak memblog itu adalah sgt senang

Tahun 2008 ni dah genap aku kerja kat comp aku skang ni selama setahun masa bulan Aug hari tu. So far aku happy je kerja kat tpt ni. Banyak yang aku dah belajar pasal O&G punya project ni. For sure mmg lagi tough dan mencabar dr bidang marine yang aku involved sblm ni. Utk O&G, code engineering dan standard yg dipakai mmg tinggi dan amat memerlukan tahap kefahaman yang kekadang boleh memeningkan otak aku :-). Byk sgt benda yg aku nak kena check okkkk.

Satu project aku kat MMHE dah siap tahun 2008 ni. Ia adalah Certification utk TOPSIDE bg Woodside Angel. Aku involve time projek ni dah separuh jalan dan dah nak siap. Tapi mmg byk juga kerja nak dibuat spt check lifting items, safety equipment, testing dan mcm2 lg la. Sampaikan byk juga la hari Sabtu aku terpaksa dikorbankan untuk bekerja attend inspection tu.

Satu lagi achievement utk aku tahun 2008 ni, aku dah berjaya attend kursus Welding Inspector dan lulus exam tu. So skrg aku mmg bangga dgn diri aku sbb dah dapat title 'Registered Welding Inspector' dari TWI, UK. Dulu aku tak really exposed pasal benda2 ni. Start aku dah involved dlm bidang ni aku rasa mmg patut aku ambik je. So aku punya next step lepas ni nak dapatkan cert utk Radiographic Interpreter (RI) plak.

2008 juga aku travel ke Tawau bulan Feb hr tu melawat in law family aku kat sana. Time tu Iman kecik lagi. Nasib baik dia x meragam time dalam flight tu. Tempat2 lain rasanya aku x de ke mana2 kecuali balik kampung aku.

Ok la kot untuk update yg aku ingat buat masa ni. Nanti aku sambung kalau ada Benda2 yg aku ingat lg. Aku for sure mmg x de letak azam ke apa time 2008 start hr tu. Tapi utk 2009 nt aku mmg ada satu benda yg aku set utk achieve. Yang part ni aku citer kemudian la.

End.

Wednesday, December 24, 2008

Flight from JB-KL

Ni aku kat dalam teksi Limo untuk balik ke rumah. Tapi aku bukan nak bercerita pasal teksi. Ni satu kejutan dalam flight tadi masa time dia serve drinks :-). Normally kalau domestik ni faham2 la MAS akan bagi satu drink dan kacang.... Betul tak?

Hari ni lain sikit. Dia bagi satu box kecik yg dalam tu ada benda2 ni.

1. 1 slice of fruit cake.

2. Orange juice in sealed cup

3. Kacang (macam biasa)

4. 2 pcs ferrero rocher

I'm not really sure that this will permanently change the previous 'menu' , or it just because tomorrow is a Christmas Day.

Aku belasah je semua :-)

-----------------------
Sent From My Nokia E71 Wireless Handheld

Tuesday, December 23, 2008

Appointment Doctor & Dentist for Iman & Damia

Hari ni aku kat Johor for just 2 days. Penat dah aku sebenarnya duk ulang-alik ke JB ni setiap alternate week. Tapi nak buat camna sbb projek kat sini akan complete dalam 2011 nanti. So nampak gaya mmg lama lagi la aku kena berulang-alik nih huhu.

Hari Sabtu dan Ahad lepas dipenuhi dgn aktiviti appointment Doctor dan Dentist utk Iman dan Damia. Hari Sabtu, Iman punya appointment for her last injection. 2nd dose of neomococul... Ntah betul ke tak aku eja nih hehe. So next utk Iman lambat lagi la, bila dah 6 years old.

Damia plak pegi jumpa Dentist kat Lim Dental, PJ on Sunday tu. Mula2 dia mmg excited nak jumpa Dentist, tapi bila dah masuk dan suruh buka mulut, tak nak pulak dia. Sampai Mama dia kena naik skali atas kerusi tu baru dia coorporate. Tapi ok la sbb x de dia meronta-ronta ke apa. Siap tampal satu je kat atas, Dua lagi utk tampal kena dtg nx 2 weeks. Aku pun ambik kesempatan visit ni check gigi aku sekali hahaha. Ye la last visit about 1 year ago. Buat scaling semua sekali.

End.

Thursday, December 11, 2008

Damia dancing in the car

Antara aksi2 Damia di dalam kereta time journey back to my hometown (Kelate) for Hari Raya Haji on Sat, 6 Dec. I just wonder... dari mana la dia belajar :-)

Anyway, dia memang suka menari2 kat dalam rumah. Pantang kalau ada dengar lagu yang dia suka... especially lagu Stacy... waah terlebih sudah.