Friday, July 04, 2008

Visit to Zoo Negara on 29 June

Last week aku dan family semua pegi ke Zoo Negara ni. I can’t really remember when was the last time aku pegi Zoo Negara ni tapi aku rasa baru sekali kot masa kecik2 dulu :- )
So this time I was there with my wife and two kids. Damia dan Iman seronok sangat kat Zoo tu… tapi damia ni takut sikit tengok binatang2 yang besar.

On the way ke Zoo tu ada jugak hujan renyai2 sikit tapi nasib baik la bila dah sampai tu hujan dah berenti.

Kita orang sempat layan pertunjukan kat zoo untuk sesi pukul 3 petang tu. Budak2 ni seronok je tengok sea lion punya show tu…. Iman siap tepuk2 tangan lagi :- )

Kat bawah ni ada sikit2 gambar hari tu….

Monday, June 09, 2008

Visit to Eye on Malaysia

Hari Sabtu weekend hari tu aku and family semua pegi naik “Eye on Malaysia” ni.

Sebenarnya plan nak pergi Zoo, tapi bila dah sampai kat Zoo tu boleh kata hujan renyai-renyai jugak dan Zoo pun dah nak tutup pukul 4 petang tu. So aku pun tak tahu nak gi mana, divert pergi ke tempat ni. Yang penting bawa family semua jalan-jalan. Sampai kat Taman Tasik Titiwangsa ni, masih hujan lagi tapi ok la sebab gerimis macam tu je. Payung ada satu je dalam kereta.. so terpaksa la Iman sorang je yang pakai payung sebab dia paling kecik :-)

Damia takut jugak naik benda alah ni sebab dia gayat kot… Iman pulak steady je pandang bawah semua.. takde nampak muka takut langsung :-)

Lepas naik “EOM” tu, pusing-pusing kejap kat Taman Tasik sebab ada pameran / karnival makan-makan untuk setiap negeri.

Thursday, May 29, 2008

Birthday Party Iman "1"

17 May 2008 hari tu genap dah umur Iman setahun. Sedar tak sedar dah besar rupanya Iman sekarang. Cumanya dia still nampak macam baby sangat lagi sebab giginya belum tumbuh :-)
Kita orang tak sempat nak organise Birthday party on actual date 17th tu tapi buat hari Ahad 18 May. X pe la postpone satu hari je. Lagi pun hari Sabtu tu sibuk sikit dan x sempat nak arrange semua.

Antara benda2 yang Iman dah pandai buat sejak berumur setahun ni :-

1. Pandai cakap Papa dan mama
2. Pandai merangkak3. Dah boleh makan nasi dan makanan pejal lain. Tapi selalunya kalau aku bagi, aku akan kunyah dulu.. ye la takut dia tercekik ke apa sebab x de gigi sendiri lagi.4. Pandai berdiri sendiri.. tapi x leh jalan lagi :-)5. Pandai gelak, senyum dan nangis

Antara gambar2 yang sempat snap kat rumah Damansara Damai hari tu kat bawah ni...

Wednesday, May 07, 2008

Balik Kampung 1 May 2008

Last week aku balik ke kampung sempena cuti 1 Mei Hari Buruh. Lagi pun dah 2 bulan lebih aku tak balik since CNY bulan Feb ari tu. Nasib baik aku bertolak hari 1 Mei tu sebab jalan semua dah lengang dan clear je. Member aku cakap kalau balik sehari sebelum atau malam 1 Mei tu, mmg lambat la sampai sbb jalan Jem.

Aku pun x de aktiviti sangat balik ni pun sebab sekejap je. Tak balik pun ke kampung Bachok atau pun Banggol tengok nenek semua.

Aku sempat belek2 gambar2 lama yang ada kat rumah. Aku snap je gambar2 yang ada dlm album tu untuk aku masukkan dalam blog aku ni. Lucu jugak tengok gambar2 aku time kecil ni hehe. Ini lah antara gambar yang aku ambik ngan camera aku semula. Gambar time baby memang la aku takde sebab semuanya hangus time rumah aku terbakar tahun 1986 masa aku darjah satu.

Kat bawah ni semua gambar bulan Aug 1988 masa aku pegi Penang ngan family semua. Time tu kita orang pegi majlis Konvokesyen sepupu arwah Papa kat USM, Penang.

"Kat atas jambatan Pulau Pinang. Aku pakai baju Wings tuh :-)"

Monday, April 28, 2008

Iman & Damia latest photos...

Dah lama x letak gambar2 terbaru Iman dan Damia. Iman sekarang dah pandai makan biskut TIGER sendiri walaupun x de gigi :-) . Dah nak masuk setahun dah umur Iman 17 May ni, tapi gigi dia x nak tumbuh jugak lagi. Tapi ok la sebab dia dah pandai sebut "Papa" hehe.
Damia pulak jangan cakap la.. dah macam2 boleh cakap dan nyanyi semua. Selalu kena perhatikan time dia duk main ngan Iman sebab dia mesti nak usik Iman. Kesian Iman kalau tengah main mainan mesti kakak dia kacau hehehe. Walaupun mainan tu banyak, still nak kacau yang Iman punya jugak :-) . Dah memang macam tu kot kalau adik-beradik jarak dekat2 ni.

Wednesday, April 02, 2008

Angel sailed out and installed offshore

Finally I have completed my first topside verification job for this Woodside Angel project.

Angel sailed out from MMHE yard last week and has been installed offshore in Australian water.

Would like to share some photos below I received from Woodside team. Congratulation !!!


Wednesday, March 26, 2008

Fridge

x de apa nak update so far :-) . saja post gambar peti ais kat rumah hehe. Penuh ngan fridge magnet, cards dan letter block nama semua org kat rumah :-)

Saturday, March 08, 2008

Travel to Tawau with Family (cntd...)

Bersambung pasal pergi Tawau hari tu. Bangun seawal jam 5 pagi untuk kejar flight pukul 7:20 pagi Sabtu lepas. Ayah dan Abg Shairul tak dapat ikut sebab ada hal masing-masing walaupun tiket dah beli. Flight dari LCCT ke Tawau ambik masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Damia nampak excited naik flight :-) . Kesian dia nak makan roti canai dalam flight tu, tapi bila time kita orang nak order, roti canai tu dah habis :-( . Sampai kat airport Tawau, Pakcik Di datang jemput kat airport. Aku terpaksa drive kereta satu lagi sebab memang tak muat untuk sumbat dalam satu kereta.
First day kat Tawau, semua orang kepenatan dan tak banyak aktiviti. Petang kita orang semua keluar pergi ke Taman Rekreasi Tawau, tapi sampai je dah jam 6 petang.. so tak dapat la nak masuk sebab tempat tu tutup pukul 5.30 petang. So tukar plan pergi bandar Tawau pusing-pusing.

2nd day, keluar pergi pasar pagi Tawau. Ok je pasar dia tapi x de la besar sangat. Harga ikan, udang kat pasar ni memang jauh sangat beza ngan kat semenanjung. Kat sini semua boleh kata memang murah giler lah harga ikan2 besar dan udang semua. Petang, kita orang pergi lagi kat Taman rekreasi Tawau tu tapi x sempat nak stay lama sebab "air naik". Sempat la budak2 ni main air tak sampai 10 minit, tapi kena naik balik sebab "air naik". Memang takde rezeki budak2 ni nak main air kat jeram ni. Tak puas lagi main air kat situ, kita orang packing semua dan menuju ke satu Pantai kat Tawau ni. Aku ingatkan dekat je dari tempat air terjun ni.. tapi rupa-rupanya jauh jugak. Dah nak gelap baru sampai kat pantai tu. Kat Tawau ni dah la pukul 6.30 petang dah macam pukul 8 malam keadaannya. Patutnya Tawau ni termasuk dalam GMT +9 :-)

3rd day, keluar ke bandar Tawau shopping barang-barang yang patut dan murah kat sini. Kebanyakannya beli souvenier, kain and etc mostly woman accessories la :-) . Aku x de beli apa untuk aku except satu helai kain pelikat sebab rasa macam murah je kat sini :-)

Last day, pagi-pagi dalam pukul 8 dah siap packing semua dan menuju ke airport Tawau. Time datang ari tu tak de la rasa jauh sangat airport tu, tapi kali ni aku drive balik rasa macam jauh pulak. Dalam 40 min drive baru sampai kat Airport tu. To summarize, kira ok jugak la trip ni walaupun x lama pun stay. At least ada jugak aku luangkan masa ngan family semua disebalik kesibukan aku kerja aje heheh. Gambar-gambar yang snap time kat Tawau ari tu ada sikit kat bawah ni, nak tengok semua, kena jenguk kat site
Flickr aku.


Tengok Damia naughty kacau adik dia...

Wednesday, February 27, 2008

Travel to Tawau with Family

Weekend ni aku dan family termasuk in law family akan pergi Tawau melawat pakcik wife aku yang stay kat sana. Aku still ingat yang aku purchased tiket ni time aku kat Sydney last year. Masa tu time promotion dan in law family rancang nak melawat sedara kat sana. Masa aku beli tiket dulu, aku tersalah beli untuk ke Kota Kinabalu. Semua dah bayar, tapi last2 bila check balik ngan my wife, rupa2nya tersalah beli... patutnya ke Tawau. So terpaksa la aku call AirAsia mintak refund. Of course dia org tak nak bagi balik duit tu. Jadi aku bincang ngan Manager dia. At last dia setuju bagi refund, tapi bukan duit!!! dia bagi aku credit value yang bolehkan aku boleh pakai nilai RM450 yang tersalah beli tu untuk beli tiket lain. Tapi ok la jugak daripada melayang terus duit tu... :-) Aku pakai credit value tu beli tiket balik Kelantan lepas tu. X silap, aku kena tambah sikit sebab total beli tiket balik Kelantan tu lebih drp RM450.