Wednesday, December 05, 2007

Damia & Iman

Dah lama tak post gambar2 terbaru Damia dan Iman. Damia skang dah dekat 2 tahun 3 bulan. Iman pulak dah nak masuk 7 bulan dah. Iman pun dah start makan :-) Damia pulak dah macam2 pandai... baca a,b,c... bilang 1,2,3... alif, ba, ta.... dan mcm2 la termasuk nyanyi :- )



Iman sunbathing :-)








Monday, December 03, 2007

Karnival Futsal SEMESTA siri 3/2007

Pada 25 Nov 2007 minggu lepas sekali lagi Team 96 Faris Petra telah menyertai karnival futsal siri ke-3 bagi tahun 2007 yang dianjurkan oleh SEMESTA. Team 96 telah menjadi johan kumpulan bagi kategori Junior (ada 2 kumpulan bagi set Junior).
Tahniah kepada pasukan Futsal FARIS PETRA 96 kerana telah melangkah ke Final sebelum akur di Final dengan penentuan sepakan penalti. Bertemu dengan pasukan paling muda bagi kategori Junior iaitu batch 2001 tidak sedikit pun melemahkan semangat FARIS PETRA 96 untuk menunjukkan kehebatannya dengan menyekat kemaraan batch 2001 yang sebelumnya menundukkan jemputan batch 99 di separuh akhir. Pasukan 96 bertemu batch 2000 A pada separuh akhir dan telah berjaya menjinakkan 2000 A dengan pergerakan menarik serta corak permainan pantas dengan keputusan 3-1.
Perlawanan akhir antara FARIS PETRA 96 dan 2001 seperti yang dijangka, berlangsung dengan sengit. Perbezaan usia tidak sedikit pun menyekat FARIS PETRA 96 untuk mempamerkan permainan cemerlang sehingga mengheret permainan ke penentuan penalti. Adegan berbalas serangan dan percubaan tepat oleh kedua-dua pasukan menambat hati semua penyokong yang hadir.Keputusan nyata berpihak kepada 2001 apabila dua sepakan penalti dari FARIS PETRA 96 tersasar.Keputusan akhir Final FARIS PETRA 96 tewas dengan jaringan 2-3.
Antara gambar2 yang diambil oleh photographer bebas...
Team 96


Pelancaran FARISPETRA FC

Pada 18 Nov 2007 hari tu ada tournament Futsal dianjurkan oleh Persatuan Kelab Peminat Kelantan FC yang dianjurkan oleh KAFA dekat HTO de futsal, PJ. Team Faris Petra FC ada hantar 3 team kali ni. Tapi nasib tak berapa baik kerana hanya lepas 2nd round je. Tapi kira ok la jugak sebab dapat main puas hati.
Dengan pelancaran kelab peminat Kelantan FC pada hari itu, team FARISPETRA FC telah mengambil kesempatan untuk merasmikan FARISPETRA FC oleh Datuk Anuar Musa.

Monday, November 26, 2007

Damia singing - Buai laju-laju

I just amazed with my 1st daughter.. at her age just 2 years old, not bother about singing but she actually can speak very well... we all love you Damia.

Friday, November 23, 2007

Raya Aidilfitri 2007

Raya Aidilfitri tahun ni balik Kelantan ngan family semua. Tahun ni berbeza sikit sebab dah ada 2 baby :-) Damia pun dah besar dan dah boleh pakai baju kurung. Balik from KL ari tu ada la jugak jam sikit tapi aku expect worse than that. So kira biasa la merangkak sikit2 time balik Raya tu. Nasib baik la budak2 x de meragam sangat dalam kereta. Damia je yang dah tak nak duduk kat baby seat dia tu sebab dia dah besar sikit skang ni :-) Maybe dia dah bosan duk atas kerusi dia je tu. Iman plak steady je balik kampung naik kereta. Nasib baik x de muntah2 ke apa. Memang tahun ni Raya cuti pulun habis2... nak dekat 2 minggu jugak tu. Sempat jugak la pegi ke rumah sedara2 semua dan juga jalan2 sikit.




Wednesday, August 22, 2007

Kerja tempat baru...

Agak lama jugak dah aku tak update blog aku nih. A lot of things happened for the past 1 month. Antaranya aku dah berenti kerja kat tempat kerja hari tu (ABS Nautical Systems). Aku sempat kerja for 6 months je kat sana. Lepas tu dapat plak opportunity untuk aku kerja kat tempat baru sekarang ni. Since 6 Aug 2007 hari tu, aku dah kerja kat tempat baru ni. Alhamdulillah rezeki aku untuk kerja kat sini. So far baru 2 minggu lebih kat sini macam ok and organise lagi la. Mula2 masuk hari tu macam pening sangat sebab banyak benda baru nak kena belajar especially on how to manage the project. Tu yang leceh kalau tukar kerja ni, banyak benda baru nak kena belajar balik dan adapt cara kerja yang baru. Technical part plak, aku kena banyak lagi belajar lepas ni dlm bidang Oil & Gas. Sebelum ni hanya tahu dalam bidang shipping/ marine je, tapi sekarang nampak gaya memang kena perah otak study pasal Offshore la plak. Hmm tu satu lagi cabaran yang berat tuh heheheh. Anyway, harap2 aku boleh cepat belajar dan kerja lagi bagus lepas ni. :-)

Friday, July 13, 2007

Faris Petra F.C

Faris Petra F.C atau pun juga dikenalai sebagai SEMESTA F.C nih ialah pasukan bola untuk Alumni pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), Kelantan. Pasukan ni baru je ditubuhkan tahun ni je walaupun persatuan alumni sekolah (SEMESTA) dah dekat 10 tahun wujud. Pada tahun ni pasukan ini telah menyertai Liga Alumni SBP (www.ligaalumni.com) dan MRSM seluruh M'sia dan ditempatkan di Divisyen 3.

Setakat ni team ni dah bermain sebanyak 3 kali dan menduduki tangga ke-2 bagi divisyen-3. Boleh kata amat membanggakan walaupun baru join Liga Alumni tahun ni, tapi dah dapat keputusan yang agak memberangsangkan. Rasa bangga juga sbb I'm one of the team player dalam pasukan nih. Kat bawah ni ada gambar diambil sebelum perlawanan menentang Alumni MRSM Balik Pulau di Padang MSN, Bukit Jalil pada bulan lepas. Result game tu SEMESTA F.C menang dengan 2-0.

Thursday, July 12, 2007

Damia with her sister

Dah lama tak letak gambar Damia nih. Dah besar dah dia sekarang nih (1 tahun 10 bulan). Adik dia pun dah nak masuk 2 bulan dah. Damia sekarang dah pandai cakap macam2. Kira one to ten pun dah pandai. Dia suka berlakon Damia nih.. selalu gelak je kalau tengok telatah dia tu.
Gambar kat bawah ni diambil time pegi injection Damia untuk 1 1/2 tahun dan untuk Iman 1 bulan kat Pantai Medical Centre, Bangsar.

Ladong F.C

Tak pernah aku cerita pasal team bola Ladong F.C yang aku join ni. Aku dah join main bola ngan budak2 team nih sejak aku stay di Sg. Buloh 5 tahun lepas (dalam tahun 2002 la). Ni gambar terbaru team Ladong F.C nih semenjak beli jersey baru yang kaler hijau nih :-). Dulu jersey team nih kaler putih.. so dengan semangat jersey baru nih harap2 dapat menang selalu la lepas nih hehe.

Minggu ni hari Ahad ada friendly game lagi. Boleh kata almost every week ada friendly match. Liga memang tak pernah masuk lagi. Maybe lepas ni boleh nak masuk liga kecil2 kot.


"Ladong F.C team"

Last day in ABS Nautical Systems

Yesterday (11 July 2007) was my last day with ABS Nautical Systems. Sad to leave this company after 6 months service... but a decision has to be made now in order to pursue my career.
What is the name of my future company? I know people will ask this thing when they see me.... but at the moment, just keep it "secret" :-)

"At K.L Office"
"At Singapore Office"