Tuesday, October 28, 2008

Ikan Ketutu


Hari Sabtu lepas aku dan adik aku telah menghadiri satu kursus yang agak popular juga sekarang ini di dalam industri Agriculture iaitu "Kursus menternak Ikan Ketutu" . Ya ikan ketutu memang amat popular sebenarnya di kalangan kaum Cina dan ia selalunya dijual/ di masak di restaurant2 mewah dan juga hotel. Harga yang dijual di restaurant dengarnya mencecah sehingga RM140/kg.

Aku memang x pernah lagi rasa macam mana isi ikan ketutu ni.. tapi dengar cerita memang sedap.. (kena rasa sendiri la nanti). Aku memang ada plan nak buat bisnes menternak ikan ketutu ni dan kalau semuanya berjalan lancar, Insya-Allah bisnes ni akan dimulakan secepat mungkin .. juga bergantung pada permohonan pinjaman bisnes la nanti :-)

Initial cost untuk setup bisnes ni agak juga tinggi memandangkan perlu membeli tangki untuk bela ikan yang ukurannya dalam 4 x 8 x 3 kaki. Tangki ni pulak ada 12 lapisan filter untuk memproses air supaya ikan tu boleh hidup seperti mana dia hidup di dalam sungai. Bagi yang nak buat bisnes ni di KL (macam aku ni), tempat untuk membela ikan ini juga perlu diambil kira dan kalau boleh nak cari rumah kedai yang sewa murah2 je. Kalau kat kampung, senang je la nak cari tapak dan sewa tanah boleh dikira murah.

Kursus tu bagi aku simple je sebenarnya sebab dia ajar macam mana nak membela ikan tu dengan selamat seperti mengawal PH dan kadar ammonia di dalam air, macam mana nak bagi ikan tu makan, bagaimana hendak memilih induk yang baik dan banyak lagi la content dia. Boleh dikira bagus juga kursus tu bagi beginner yang macam aku... tapi harga kursus tu @ RM380 bagi aku agak mahal sikit la. Kalau dia charge RM200 aku rasa ok sikit kot. Material yang dia deliver tu sikit je sebenarnya, tapi biasa la...banyak diselangi dengan sesi Q&A yang banyak.

Kita orang semua pergi melawat "site" projek kat situ. Dekat je dgn bilik kursus tu. Kat kedai bawah je (kelas kursus ni kat rumah kedai bhg bawah). Dapat la rasai sikit macam mana nanti kalau nak bela sendiri. Aku tengok banyak juga ikan2 ketutu yang mati. Selalunya kes kematian dia disebabkan jangkitan kuman dan parasit. So agak leceh juga nak menjaga ikan ketutu ni. Lagi satu, tempoh untuk jual balik juga lama iaitu setahun sebelum ia mencapai berat yang boleh dijual dalam 1kg.

Di akhir sesi kursus tu, semua peserta diberi sijil penyertaan. Sijil ni yang sebenarnya mahal kot. Ye la, sebab dengarnya para pemberi pinjaman nak tengok sijil kehadiran ni baru la boleh nak buat pinjaman bisnes ikan ni.


Hidup bersembunyi di dalam "kondo" pipe



Di dalam kelas

Ajar macam mana nak test PH dan kadar ammonia air

Thursday, October 23, 2008

Budak Kelantan



Aku raso cerito ni akan meletup gilo di pawagam nanti. tengoklah tak ccayo gak. Aku tengok doh preview dio kat video di bawah
tadi. macam best jah cerito ni. Apo2 pun aku memang nak tengok cerito ni di panggung nanti.

First time aku tengok iklan dan trailer cerito ni kat TV terus aku excited nak tengok lagi. Aku ado feeling yang cerito ni mmg best.

Aku baca kat blog ni, 3 kali tajuknya bertukar daripada asalnya KOYA BEST kepada KL-KB-AMERIKA dan akhirnya BUDAK KELANTAN. Seperti yang ditulis dalam blog tu, cerita ni bukan dituju kepada budak2 Kelate hok berada di KL semata2. Ia juga boleh terjadi dalam mana-mana masyarakat dalam Malaysia dari Utara sampailah ke Selatan.

Sinopsis ringkas filem ini..
Buchek dan Jaha, dua teman sekampung dengan kehidupan berbeza. Buchek, seorang graduan manakala Jaha, lepasan Sekolah Henry Gurney. Zaman kanak-kanak dan ketenangan di bumi Kelantan ditinggalkan hanya untuk dipertemukan kembali di Kuala Lumpur, kota idaman yang juga kota penuh dugaan.
Pertemuan itu mendedahkan kehidupan hitam Jaha – pedagang dadah, perempuan dan liar, mendorong Buchek untuk membantu sehingga sanggup mengorbankan cintanya apabila menyedari temannya itu jatuh hati pada kekasihnya, Che Nor.
Buchek rela melepaskan Che Nor, namun mampukah cinta mengubah manusia seperti Jaha yang selama ini hidup berkiblatkan Barat itu? Salahkah Che Nor mempertahankan cintanya pada Buchek dengan alasan soal hati bukan sesuatu yang boleh diperdagangkan? Sedang Buchek pula mempertikaikan pendirian Che Nor yang dianggap lebih mementingkan diri daripada perintah Tuhan.
Satu pembunuhan berlaku lalu mencetuskan satu transisi dalam episod cinta dan hidup Jaha, Buchek serta Che Nor.
Sumber : http://www.gbsb.com.my/koya_best.htm



Trailer: Budak Kelantan (amareka version) from Manggis TV on Vimeo.

Thursday, October 16, 2008

Aku bukannya nak sangat makan kat hotel ni...

Aku bukannya nak sangat makan kat hotel ni, tapi semenjak aku dapat email terbaru daripada bos aku kelmarin yang dihantar kepada semua orang, terus aku decide.. "lepas ni aku makan kat hotel je la".

Mulai bulan ini, x de lagi subs allow kalau travel outstation kecuali ada resit. Ala... ni yang leceh. Aku tak suka betul benda2 macam ni. Ini x lain mesti salah satu cara nak cut cost overhead down la. Sebelum ni okay je dapat free2 subs tu for unreceipted. At least dapat la sikit duit poket lebih. Lagi pun itu sepatutnya di lihat sebagai "hardship" kepada sesiapa yang travel sebabnya...

1. Tinggalkan family untuk travel outstation
2. Tanggung kepenatan semasa travel
3. Byk lagi sebab sampingan seperti aku diet atau puasa ke hari tu.. mana aku nak dapat resit beli makanan?

So semalam for dinner aku dah belasah makan buffet dinner kat hotel je. Senang x payah aku nak pikir ingatkan diri sendiri supaya collect resit setiap kali aku makan. Memang aku jarang ambik resit makan ke apa... selalu resitnya aku terus buang. So sekarang aku kena beringat untuk mintak resit kat kedai2 yg aku makan. Kalau aku makan kat hotel, terus je aku suruh charge kat no. bilik aku.. settle.

Aku harap benda ni temporary je la. Kalau permanently rule baru ni ditukar... sapa yang minat nak outstation lagi? Setakat cover untuk makan as per bill, hmm x de untung, x de rugi.... itu je lah.

Sunday, October 12, 2008

Two Second Rule!

Aku x suka org follow kete aku dr belakang rapat giler dan aku rasa semua orang begitu kan? Bukannya sbb apa, kalau aku brake emergency... Sempat ke orang yang follow rapat tu nak brake? Mesti menggelabah punyakan? Aku tahu org jenis macam ni mesti tak penah attend safety driving course dan x tahu apa itu two second rule
Two second rule ni ialah kita perlu pastikan yang jarak selamat kenderaan kita dgn kereta di depan always 2 second. X kiralah berapa speed kereta tu. So kalau ada emergency ke apa sempat la nak bertindak apa yang patut.
Macam mana nak check kita ada gap 2 second tu? Just pastikan masa kenderaan depan melintasi satu tanda/trademark/ atau apa saja yang boleh dibuat perbandingan dgn bumper depan kereta kita ialah 2 saat. Cara mengira mcm mana? Ikut yang aku belajar, untuk mengelak kita mengira terlalu cepat no.1 & 2 sbg saat, lebih elok kita sebut "satu ribu satu,.. satu ribu dua". Dah cukup la dua saat tu.
Amacam, boleh try dan praktis? Ini je lah petua di jalan raya hari ini :-)


-----------------------
Sent From My Nokia E71 Wireless Handheld



Monday, October 06, 2008

Hari Raya Aidilfitri Oct 2008

Tahun ni aku dan family semua beraya di Shah Alam dulu. Di pagi Raya tu kita orang semua pegi solat sunat Aildilftri di masjid negeri. Aktiviti di raya pertama macam biasalah mesti dipenuhi dengan acara makan ketupat dan rendang semua. Sebelah petang tu kita orang semua pergi ziarah rumah sedara belah family wife aku dan juga balik ke Ulu Yam rumah nenek wife aku.

Raya ke-2, disebabkan family in law aku pun nak balik ke kampung di Pahang, so aku decide terus balik ke kampung aku kat Kelantan aje lah. Ye la, lagi pun x de sape2 pun kat S. Alam ni nanti. Ingatkan jalan x de la jem pun sebab dah raya ke-2 untuk balik kampung... tapi sebenarnya tidak. Rupa-rupanya ramai juga yang memilih untuk balik kampung pada raya ke-2 ni. Agak boleh la sampai cepat sbb x sibuk jalan time2 raya ni... tapi disebabkan kereta pun banyak dan jalan pun agak jem jugak especially area gua musang, kuala krai dan machang tu, so aku pun sampai lebih kurang 9 jam ++ perjalanan jugak la dicampur dengan berenti makan dan ke toilet semua.

Sampai je kat kampung raya ke-2 belah malam tu dalam pukul 9 mlm... terus buat aktiviti main mercun yang di"supply" oleh wife aku. Dia dapat banyak mercun free dari "toooooottt" :-) . Mercun paling ganas aku rasa mercun roket yang berat dlm 1.4 kg x silap aku. Mercun tu ala2 yang orang pakai untuk pertunjukan bunga api tu. Aku rasa satu kampung tu terang benderang bila pasang mercun tu :-). Nasib baik la semua mercun yang dibakar tu free, x de la aku terasa macam bakar duit plak hehehe.

Raya tahun ni aku boleh spend lama sikit juga la kat kampung sebab aku ambik cuti sampai 12 Oct. Tapi aku ingat maybe nak balik KL hari Selasa ni kot dan pendekkan sikit cuti aku. Maybe aku cancel 1 atau 2 hari cuti aku. Ye la, dapat juga aku save untuk pakai time Raya Haji ke nanti.






"4 keping gambar di atas semasa beraya kat S.Alam Raya pertama"


"3 keping gambar di atas semasa beraya kat Kelantan Raya ke-3"